Khas untuk ibuku..
May 5, 2009
Y.A.Y.A.H
Ibu,
Kau seorang insan yang berhati mulia,
kau seorang serikandi yang hebat,
kau seorang manusia yang tak bisa aku balas budimu.
Ibu,
Budimu bak membina gunung untukku,
budimu mengandung, menyusu dan membesarkanku,
kau sanggup bertarung nyawa untuk aku melihat dunia,
itu semua tidak mampu aku membalasnya duhai ibuku…
Ibu,
Pesanmu tidak pernah aku lupai,
jangan kau tinggalkan ku bersendirian,
di dunia yang penuh kepura-puraan,
dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran..
Ibu,
Tanpamu disisiku,
aku tak bisa melayan kehidupan ini dengan tenang,
aku tidak mahu engkau pergi ibu,
tapi mampukah aku melawan qada dan qadar Allah,
melawan azali yang ditetapkan..
Ibu,
Sebelem engkau pergi dari alam fana ini,
ampunilah dosaku duhai ibu,
kaulah permata yang tidak bisa aku lupakan,
aku berdoa semoga dirimu sentiasa bahagia disisi-Nya.
Ibu,
kaulah serikandi hatiku,
dikau tidak akan luput dari ingatanku ….
Sajak yang baharu sahaja kalian menghayatinya itu telah diubah sedikit dan asalnya daripada Nurami Izzati Salim dari Perak.
Sajak itu sungguh bermakna bagi sya kerana ia menceritakan mengenai ibuku.. Saya amatlah sayang pada ibu saya dn inigin meminta maaf jika pernah menykitkan hati nya atau membuatnya risau.. Dengan ini , syan ingin mengucapkan kepada semua ibu-ibu, SELAMAT HARI IBU !
Entry Filed under: Uncategorized
Leave a Reply
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed